FFES-GWWS (Jarak Jauh) - Penyertaan Anda

Penyertaan Program Khas "FFES-GWWS (Fasih dan Faham English Sekarang)" Secara Jarak-jauh - Teknik GayaWeb/WhatSapp

Kelas English Online

Selamat Datang!

 

 

Cara-cara mengikuti Kuliah "GWWS-GayaWeb/Whatsapp" ini:

 
1) Sudah tentu anda mesti memiliki akaun Whatsapp melalui mana-mana jenis smartphone. Download dari Google Play dan install Apps yang bernama Whatsapp dulu.
 
2) Sudah tentu anda mesti ada akaun Internet/broadband dengan sebarang TELCO. Anda perlu melanggan pakej internet laju setiap bulan, mungkin serendah RM10 sebulan.
 
3) Pembelajaran adalah berdasarkan tugasan dan ketrampilan. Anda diberi tugas setiap minggu/hari. Laksanakan tugas yang diberi dalam tempoh 24-48 jam Dalam seminggu cuma beberapa jam sahaja sehari anda mesti online bersama GWWS, bukan setiap ketika.
 
4) Jika anda memang aktif berinternet, teruskan berinterasksi setiap hari atau setiap beberapa jam, untuk melakukan tugasan tambahan, membantu/menasihat peserta lain yang tersilap dan seumpamanya. Keupayaan anda membantu orang lain juga akan diberi perhatian khas oleh kami.
 
5) Perlu diingatkan lagi, tidak dibenarkan bergurau berlebih-lebihan yang mengganggu, membeban & menyusahkan orang lain membaca. Perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran dan yang menyimpang dari tajuk persoalan tugasan hendaklah JANGAN DIHANTAR. Langsung TIDAK BOLEH menghantar video, gambar dan semua bentuk iklan kempen yang tiada kaitan dgn Bahasa Inggeris. Provokasi politik dilarang keras di sini. Group Ini BUKAN media sosial anda (harap maklum). 
 
6) Bagi Pakej "WRITING" (Fahami English Sekarang - FFES dan bBean), anda mesti rajin menaip dan membetulkan kesilapan beberapa kali sehingga sempurna. Boleh menegur kesilapan orang lain secara bantu membantu tetapi dilarang keras menjatuh airmuka orang lain yang kurang faham. Semua peserta mesti hantar penulisan anda di dalam Whatsapp itu juga untuk dinilai oleh Admin dan dibetulkan dan dibincangkan beramai-ramai dalam tempoh TIDAK KURANG dari beberapa hari.
 
7) Bagi peserta Pakej "AUDIO" (Fasih Inggeris Sekarang - FFIS) dan Speak English Now (SEN), anda hendaklah pastikan microfon dan speaker handfon anda berfungsi penuh, elok juga menggunakan handsfree agar bunyi lebih jelas. Anda bercakap hanya untuk menjawab soalan dan membuat tugasan sahaja dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Semua peserta mesti hantar rakaman percakapan anda untuk dinilai oleh Admin dan dibetulkan dalam tempoh beberapa hari/jam dari tarikh ia dikeluarkan.
 
 8) Tugasan dikeluarkan secara mingguan atau harian. Anda mesti bersedia melihat tugasan terbaru setiap hari dalam tempoh 24 jam.
 
9) Prestasi serta ketrampilan anda akan diteliti dan anda mungkin akan dicadangkan untuk di naik-taraf ke LEVEL yang lebih tinggi atau dinasihatkan supaya menduduki tahap yang lebih rendah, mengulangkaji dan seumpamanya. Ketika itu, yuran dan bayaran kecil dikenakan tatapi tidak diwajibkan (boleh berhenti bila-bila masa)
 
10) Peserta yang "MUTE" dan tidur setelah 4-7 hari berturut-turut tanpa sebarang maklum-balas akan dikeluarkan dari group tanpa sebarang notis dan terus dianggap TDAK BERMINAT & TIDAK BERCITA-CITA UNTUK BERJAYA. Begitu juga peserta yang melanggar sebarang peraturan di atas - anda terus akan di "reject" - YURAN ANDA TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
 
11) Anda memang tidak seharusnya menggunakan Google Translate atau mengamalkan teknik "CUT and PASTE". Kami melihat kemajuan sebenar diri anda kecuali jika anda yang sudi menipu diri anda sendiri dengan cara mudah yang merugikan anda. Tunjukkan keupayaan sebenar, bukan dengan CUT and PASTE. Benarkah teknik CUT and PASTE boleh menjadikan anda seorang yang fasih? Berterus terang jika anda tidak reti atau sentiasa terkeliru. Dimaklumkan bahawa kami tahu dan dengan mudah boleh kesan sesiapa yang menggunakan Google Translate kerana terjemahan ONLINE biasanya berbunyi kelakar dan mengandungi banyak perkataan yang salah dan pelik.
 
12) Tidak perlu online setiap masa, biasanya aktiviti interaktif akan dibuat setiap hari jam 9 pagi, 6 ptg dan 10.00 mlm. Ketika itu, Admin utama mungkin aktif tetapi admin lain mungkin tidak aktif. Jangan kecewa jika hantaran dan jawapan anda tidak direspon serta merta kerana Admin bukannya aktif 24 jam.
 
13) Untuk Speaking (FFIS), sila bersedia dgn mic (audio). Untuk Writing (FFES), anda hanya menulis sahaja seperti biasa. Sesuatu tugasan akan diberi tetapi anda tidak perlu melakukannya sertamerta. Admin juga tidak aktif sepanjang masa. Diluar dari jadual diatas, mungkin maklumbalas dan tugasan anda tidak diberi layanan sertamerta.
 
Ingin memilih "Bimbingan Peribadi" secara "one-2-one"? VIP/PM?? hubungi kami https://englishku.my/fesgwws untuk maklumat mengenai YURAN.
 
 
Yuran:
Semua peserta akan diberi Latihan Kursus Pengenalan secara PERCUMA (FREE TRIAL). Selepas itu, semua peserta akan ditawarkan menduduki LEVEL masing-masing mengikut tahap ketrampilan mereka. Yuran semurah RM10 sehari untuk level seterusnya. Yuran One2One - VIP (Personal Messages) adalah seperti yang tertulis di https://englishku.my/fesgwws
 
Anda akan di upgrade ke MODULE 01 setelah berjaya menamatkan modul 00 ini
 
FREE!
 
 
 
 

 

  1. Ingin menjadi seorang Tenaga Pengajar dan Jurulatih bahasa Inggeris "FFES & KELS-VBu" ?
  2. Ingin menjadi seorang Usahawan dan Pengusaha Cawangan Kelas Bahasa Inggeris "FFES & KELS-VBu" ?
  3. Ingin menjadi seorang Eksekutif dan Ejen Dropship Kelas Bahasa Inggeris "FFES & KELS-VBu" ?

>> Lihat laman ini <<

ATAU

Terus Hubungi kami di Whatsapp 01123550669