FFES-GWTWS (Online) - Mulakan Sekarang! FREE!

Cara-cara mengikuti Kuliah "GayaWeb/Telegram/Whatsapp" ini:

TAHNIAH! Tahniah! Tahniah!

Syabas, Alhamdulliah Syukur, kerana anda telah diberikan rezeki berupa ilmu yang bermunafaat tanpa sebarang pembayaran. Kini anda boleh menimba sebanyak-banyaknya ilmu yang diizinkan melalui pakej "Bimbingan secara GayaWeb (Nota LamanWeb)" ini dan juga bimbingan melalui Telegram & Whatsapp (untuk peserta terpilih sahaja). Anda juga boleh gunakan bahan ini sebagai rujukan tambahan dalam penyertaan program hebat kita "Fasih dan Faham Berkomunikasi Dalam Bahasa Inggeris (FFES)".

Langkah SATU: Baca dulu peraturan berikut:

1) Sudah tentu anda mesti memiliki akaun Whatsapp/Telegram melalui mana-mana jenis smartphone. Download dari Google Play dan dapatkan akaun Whatsapp dan Telegram dulu. Ya, anda boleh gunakan komputer atau laptop.
 
2) Sudah tentu anda mesti ada akaun data Internet/broadband dengan sebarang TELCO. Anda perlu melanggan pakej internet laju setiap bulan, mungkin serendah RM20 sebulan. Pastikan cukup data sebelum ONLINE LIVE.
 
3) Pembelajaran adalah berdasarkan tugasan dan ketrampilan. Anda diberi tugas setiap minggu/hari. Laksanakan tugas yang diberi dalam tempoh 1-2 hari. Dalam seminggu cuma beberapa jam sahaja sehari anda mesti online, bukan setiap ketika.

Join Group

4) Jika anda memang aktif berinternet, teruskan berinterasksi setiap hari atau setiap beberapa jam, untuk melakukan tugasan tambahan, membantu/menasihat peserta lain yang tersilap dan seumpamanya. Keupayaan anda membantu orang lain juga akan diberi perhatian khas oleh kami.
 
5) Perlu diingatkan lagi, tidak dibenarkan bergurau berlebih-lebihan yang mengganggu, membeban & menyusahkan orang lain membaca. Perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran dan yang menyimpang dari tajuk persoalan tugasan hendaklah JANGAN DIHANTAR. Langsung TIDAK BOLEH menghantar video, gambar dan semua bentuk iklan kempen yang tiada kaitan dgn Bahasa Inggeris. Provokasi politik dilarang keras di sini. Group Ini BUKAN media sosial anda (harap maklum). 
 
6) Bagi Pakej Fahami English Sekarang - FES, anda mesti rajin menaip dan membetulkan kesilapan beberapa kali sehingga sempurna. Semua peserta mesti hantar penulisan anda di dalam Whatsapp itu juga untuk dinilai oleh Admin dan dibetulkan dan dibincangkan beramai-ramai dalam tempoh TIDAK KURANG dari beberapa hari.
 
7) Bagi peserta Pakej "SPEAKING" (Fasih Inggeris Sekarang - FIS) dan Listening & Speaking (LisSpeak), anda hendaklah pastikan microfon dan speaker handfon anda berfungsi penuh, elok juga menggunakan handsfree agar bunyi lebih jelas. Anda bercakap hanya untuk menjawab soalan dan membuat tugasan sahaja dalam B Inggeris sepenuhnya. Semua peserta mesti hantar rakaman percakapan anda untuk dinilai oleh Admin dan dibetulkan dalam tempoh beberapa hari/jam dari tarikh ia dikeluarkan.
 
Tugasan Anda
 
8) Tugasan dikeluarkan secara mingguan atau harian. Anda mesti bersedia melihat tugasan terbaru setiap hari dalam tempoh 24 jam.
 
9) Prestasi serta ketrampilan anda akan diteliti dan anda mungkin akan dicadangkan untuk di naik-taraf ke LEVEL yang lebih tinggi atau dinasihatkan supaya menduduki tahap yang lebih rendah, mengulangkaji dan seumpamanya. Ketika itu, yuran dan bayaran kecil dikenakan tatapi tidak diwajibkan (boleh berhenti bila-bila masa)
 
10) Peserta yang "MUTE" dan tidur setelah 3 hari berturut-turut tanpa sebarang maklum-balas akan dikeluarkan dari group tanpa sebarang notis dan terus dianggap TIDAK BERMINAT & TIDAK BERCITA-CITA UNTUK BERJAYA. Begitu juga dengan "silent readers" yang hanya scroll up & down, dan begitu juga peserta yang melanggar sebarang peraturan di atas - anda terus akan di "reject" 
 
11) Anda memang tidak seharusnya menggunakan Google Translator atau mengamalkan teknik "CUT and PASTE". Kami melihat kemajuan sebenar diri anda kecuali jika anda yang sudi menipu diri anda sendiri dengan cara mudah yang merugikan anda. Tunjukkan keupayaan sebenar, bukan dengan CUT and PASTE. Benarkah teknik CUT and PASTE boleh menjadikan anda seorang yang fasih? Berterus terang jika anda tidak reti atau sentiasa terkeliru. Dimaklumkan bahawa kami tahu dan dengan mudah boleh kesan sesiapa yang menggunakan Google Translate kerana terjemahan ONLINE biasanya berbunyi kelakar dan mengandungi banyak perkataan yang salah dan pelik.
 
12) Tidak perlu online setiap masa, biasanya aktiviti interaktif akan dibuat setiap hari jam 8 pagi, 6 ptg dan 10.00 mlm. Ketika itu, Admin utama mungkin aktif tetapi admin lain mungkin tidak aktif. Jangan kecewa jika hantaran dan jawapan anda tidak direspon serta merta kerana Admin bukannya aktif 24 jam.
 
13) Sila bersedia dgn mic (untuk send audio).  Sesuatu tugasan akan diberi tetapi anda tidak perlu melakukannya sertamerta. Biasanya anda diberi tempoh satu hari atau satu jam. Admin juga tidak aktif sepanjang masa. Diluar dari jadual diatas, mungkin maklumbalas dan tugasan anda tidak diberi layanan sertamerta.
 
Tahniah kepada semua peserta Nota FFES GayaWeb ini! Anda tidak perlukan handfon, internet dan semua peraturan di atas kerana anda hanya dibimbing melalui Laman Web ini sahaja. Hantar tugasan anda samada di ruangan komen di bawahnya atau dihantar melalui Whatsapp/Telegram.
 

Ingin bertukar dan memilih Pakej Hebat FFES-GWTWS? Pilih "Bimbingan Peribadi" secara "one-on-one"? VIP/PM??

Lihat https://englishku.my/vip/ untuk maklumat mengenai YURAN.

 

 

Contoh pembelajaran tanpa bimbingan secara "Nota Gayaweb"